Sunday, November 25, 2012

Sabar

Menitik air mata, bukan kerana sedih. Tapi kerana terlalu penat.
Ya Allah, kurniakanlah kami kekuatan..

"Kita hamba… setelah berusaha sehabis daya, pasrah dan menyerahlah."

Friday, November 23, 2012

Disebalik timbunan notes Surgery yang belum habis dibaca

"Palestin di bunuh. Tapi hakikatnya, kita dibunuh lagi teruk! Tapi 'mati' kita orang tak nampak, kerana yang 'mati' itu adalah jiwa kita. Walaupun Palestin dibunuh jasad, tapi jiwa mereka masih hidup di muka bumi ni. Sedangkan kita dibunuh jiwa, tapi jasad kita dilepaskan berlegar-legar di muka bumi tanpa arah tujuan."
Kesat peluh. Couldn't agree more, isn't it? Malulah kita yang konon-konon sibuk dengan hal dunia.

Monday, November 12, 2012

Chicken out

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Tinggal tepat 30 hari nak ke final exam *gigil* Every year, the feeling is the same. But this time around, it getting worse. Memang rasa tak senang duduk, memandangkan exam kali ini adalah exam yang terakhir, final wrapped up for the whole 6 and half years.
Nervous sampai nak nangis. Semoga semua orang dapat bergraduasi bersama-sama and finally holding the MBBS degrees(Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery) that we've been longing for sooooooo long, inshaallah.
May Allah ease this long and winding journey. Pray for me, will you? :)

Friday, October 19, 2012

Life as a student has ended (Well, not really)


Not really ended since I need to sit for the final examination of my 6th year (final year horray!) starting on December,13th 2012 until February,2nd 2013. The scheduled is making me sick just by looking at it. But the class has ended, so yeahh let's horray for now. Basically, this one will be my last biggg examination during my undergraduate, so BRING IT ON!

SURGERY (Pembedahan)
Written Paper 1: 13/12/12
Written Paper 2: 20/12/12
MCQ: 22/12/12
Clinical(1 long case & 2 short cases): 25/12/12
Oral(Pathology, Anatomy, X-ray, Operative+Instruments): 31/12/12

OBSTETRICS & GYNAECOLOGY (Perbidanan&Sakit Puan)
Written: 29/1/13
MCQ: 31/1/13
Clinical & Oral: 2/2/13

And after February 2nd, 2013, MERDEKAAAA! So sebelum merdeka, let's struggle for now. Supaya tidak menangis di kemudian hari *nasihat untuk diri sendiri*

Tomorrow we'll be having an evaluation for ObsGyn round. It's an end-round evaluation, by all the professors who taught us during the past 3 months, before having a proper end-round examination on early November.

To all the professors who gave us knowledge and guidance, who taught us how
to work under pressure and help us realise that every problem has a solution
, THANK YOU SO MUCH! I couldn't thank you enough. May Allah rewards all of you Jannah, inshaallah :)

Thursday, October 18, 2012

Tuesday, September 18, 2012

September!

Dah bulan 9, cepatnya masa berlalu. Final exam start 12/12/12 (my birthday!) sampai lah 9/2/13. And yeayy after that I officially ended my medical school, Inshaallah :')

Dah 2 minggu kat Egypt lepas berseronok cuti raya selama 3 minggu. Rasa macam taknak balik sobs sobs. Dan sekarang pulang kepada rutin harian yang berulang seperti menghadiri class-extra class-examsss.

Lebih kurang 5 bulan je lagi akan meninggalkan Egypt dan balik Malaysia untuk berbakti. Excited, nervous semua campur-campur. Tapi rasanya yang paling banyak perasaan sedih. 6 tahun setengah adalah masa yang cukup lama untuk membuatkan aku rindu Egypt dan segala isinya nanti. Tapi tak sabar jugak nak habis sebab dah tak payah jauh-jauh dengan encik suami :p

Berharap sangat dapat habiskan study dengan cemerlang dan dapat bergraduasi bersama-sama dengan rakan-rakan. Doakan kami!



Friday, July 27, 2012

I'm coming homeeeee :)

Assalamualaikum. Lamanya tak update! Nak kata macam busy sangat, tak pun. Buat-buat busy :D
Lagi 17 hari nak balikkkk, i'm very excited! This is the longest 17 days i've ever feel. Rasa nak lompat-lompat sebab sangat excited nak balik beraya dengan boyfriend hihi.

Kira-kira hari, dah tak lama dah nak grad. Sedih juga nak tinggalkan Egypt yang banyak mengajar erti hidup. Lagi 8 bulan je kat sini. 6 tahun setengah yang terlalu banyak mengajar.
Next week on 2nd August will be having an end-round clinical exam untuk Orthopedic Surgery. And on 4th August start round Obstetrics & Gynaecology. O&G adalah round last untuk final year, alhamdulillah :) Hopefully dapat melalui tahun 6 ini dengan baik sehingga akhirnya. Will be graduating on March 2013 inshaallah.
Doakan saya berjaya grad dan jadi good + safe doctor ye! :)

Thursday, May 17, 2012

Muhasabah

Termenung sendirian mengenang segunung dosa yang pernah dilakukan. Mujurlah Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Rahmat dan kasih sayangNya melimpah ruah tanpa mengira dosa-dosa yang hambaNya berikan sebagai balasan kepada Sang Pencipta.

'Text message' yang baru dibalas oleh sang suami, ditatap berkali-kali. Seolah-olah tidak puas, dibaca berulang-ulang:

"Hebatnya Allah tuhan kita. Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Allah suka orang yang kerap bertaubat. Setiap kali teringat dan bertaubat lagi. Allah suka sangat =)"

Ya Allah, aku mengakui segala kesalahanku, ampunkanlah aku. Sesungguhnya Engkau sahajalah yang berhak memberi pengampunan.


Saturday, May 5, 2012

I am officially a nomad

Because I've been migrating,  

 from this spot



to another 
(this spot is somehow not really advisable)
everything I might need are within the reach


  
rather than settling permanently in one location  huhu. This coming Wednesday (May 9th, 2012), my friends and I will be facing the end-round General Surgery examination. Nervous much. Do pray for us, love!


Hikam Ibhu A’thaillah menyebut: 
Kamu sibuk dengan perkara yang telah ditentukan (rezeki), dan menjauhkan diri dari perkara yang dituntut (bersungguh-sungguh) adalah dalil Allah mencabut pandangan baik dari jiwa kamu.

Rezeki sudah ditentukan Allah, itqan (bersungguh-sungguh) dalam pekerjaanmu itulah yang dituntut.

Sunday, April 29, 2012

Tidak rugi

Seperti malam-malam yang sebelumnya, seusai solat Isyak berjemaah, Abang duduk bersandar di kaki katil sambil membuka Al-Quran. Surah Ar-Rahman menjadi pilihan pada malam itu. Selesai bacaan, giliran aku pula membaca terjemahannya.

'Tidak ada balasan untuk kebaikan selain kebaikan(pula)'
[Ar-Rahman:60]

'Abang, suka ayat ni!'
'Eh, Abang pun!'

Sama-sama tergelak. 
Ayat yang sangat simple, tapi betul-betul menusuk hati. Bukanlah mudah untuk melakukan kebaikan, apatah lagi ganjarannya tidak nampak di depan mata. Acapkali kita sering takut untuk memberi. Kita terlupa bahawa semua yang kita miliki adalah pemberian.
Beruntunglah orang beriman. Dengan yakin adanya Akhirat, kebaikan terus dilakukan bukan untuk mengharap pujian dan sanjungan manusia, tetapi mendambakan redha Allah semata. Sebab itulah adanya hari pembalasan, penentu siapa yang benar-benar beriman kepadaNya. Untuk melakukan kebaikan secara berterusan, sifat sabar sangat dituntut.
Perkara ini yang kerap kali sang suami ingatkan. Sabar. Sabar dalam beribadah, sabar ketika menuntut ilmu, sabar dalam berukhuwwah dengan orang sekeliling, sabar ketika berjauhan. Muflislah manusia jika sabar dicampak ke tepi!

Oh, rindu sungguh saat itu.


Aktiviti hari Jumaat yang lepas:

Melawat baby Muhammad Al-Fateh Anaqi yang comel sebab asyik tidur je =D

Friday, April 20, 2012

3 bulan


21/1/12

Ya Allah,
Bekalkan kami dengan kasih sayang sejati,
perasaan belas kasihan yang hakiki,
tekad usaha yang tidak mengenal penat,
tawakal kepadaMu yang tidak mengenal erti pasrah,
kesetiaan antara satu sama lain,
dan yang terpenting keimanan kepadaMu yang tidak mengenal ingkar.

Ya Rahman, Ya Rahim,
Kurniakanlah kepada kami anak-anak yang soleh dan solehah.
Berilah peluang kepada kami untuk menjadi ibu bapa yang membangunkan keluarga Islam,
cintakan Rasulullah SAW,
serta menegakkan syariatMu.


Amin Ya Rabbal 'Alamin.


Monday, March 19, 2012

Hope

The arms that will hold me at my weakest,
eyes that will see me at my ugliest,
and a heart that will love me at my worst.

Monday, March 12, 2012

Road To Damietta

SC (smart circle) batch kali ini diadakan di Dumyat, lebih kurang sejam setengah perjalanan dari Mansurah. It was an awesome trip. A must visit place sebabbbb banyak kerang. And it was like gigantic size?!!


Percaya takkkk?




Tadaaa! Ini pun macam average size je. Ada yang lagi besaq!










BBQ time




Semua yang terlibat untuk SC kali ni =)



Gigih kutip kerang sampai 4 plastik. Balik je rumah terus penat. Esok tu baru rasa rajin nak proses kerang bersama housemates for storage.



Banyakkkk *excited*


Seronok even penat. Wajib pergi lagi!

Tuesday, March 6, 2012

Alhamdulillah!

I am now officially a final year medical student =) Terima kasih yang tidak terhingga untuk semua orang yang always dengar luahan perasaan penat lelah segala sepanjang musim exam yang lepas and for the never ending du'a. I couldn't thank them enough. A little bit disappointed with the percentage but apa-apa pun, alhamdulillah. Kena tambah usaha lagi untuk final year!

Isnin lepas masuk OT, sangat-sangat inspired dengan surgeon yang obviously semuanya hebat dan tak lokek nak explain apa yang diorang tengah buat.




Sempat lagi bergambar tu!




one of the operation,




by this amazing doctor =)



Final year sangat seronok walaupun a bit tiring. Hopefully dapat catch up dengan cepat. See ya!

Wednesday, February 29, 2012

Bismillahirrahmanirrahim =)

Where should I start? Blog lama dah di'delete', dan tiba-tiba mimpi apa entah harini rasa nak buat blog baru pulak. Well, right after finishing my 5th year final exam on 9th January 2012, terus packing dan pulang ke Malaysia for about one month. Mari mulakan dengan perkara yang paling excited yang berlaku semasa cuti.



I'm marriedddd, alhamdulillah *excited much =))*



All praises to Allah, I am now a happy wife to an amazing husband,
Abu Mansur Maturidi Bin Mohd Romli


[21/1/12 till Jannah inshaallah]


After 3 weeks menjadi suri rumah riang ria sepenuh masa kepada encik suami, now I'm back here in Egypt untuk meneruskan pengajian yang berbaki setahun. Sedih berjauhan, tetapi sangat excited untuk habiskan final year dan pulang ke Malaysia setelah 6 tahun setengah berada di Egypt. Semoga segala urusan dipermudahkan Allah, aminnn.

Sekarang kena shift balik kepada mood belajar. Tahun 6(final year) boleh dikatakan agak tough since kena revise balik Anatomy, Physiology, Pathology yang dah berkarat belajar masa pre-clinical years dulu. Merangkumi 2 subject besar, Surgery dan Obstetrics & Gynaecology. Excited sangat masa first day masuk class dan round ward. Kurang excited bila tengok notes yang bertimbun dah tahu nak kena hafal sepanjang tahun ini *pengsan*

Even dah start class tahun 6, result untuk final exam tahun 5 belum dapat sampailah hari ini. Nervousssssss!!! Rasa macam eh betul ke ni dah masuk final year. Rasa macam tahun 5 masih menghantui huhu. Wish me luck!

Hopefully semua orang dapat result cemerlang and boleh focus untuk final year dengan semangat waja! =D