Sunday, April 29, 2012

Tidak rugi

Seperti malam-malam yang sebelumnya, seusai solat Isyak berjemaah, Abang duduk bersandar di kaki katil sambil membuka Al-Quran. Surah Ar-Rahman menjadi pilihan pada malam itu. Selesai bacaan, giliran aku pula membaca terjemahannya.

'Tidak ada balasan untuk kebaikan selain kebaikan(pula)'
[Ar-Rahman:60]

'Abang, suka ayat ni!'
'Eh, Abang pun!'

Sama-sama tergelak. 
Ayat yang sangat simple, tapi betul-betul menusuk hati. Bukanlah mudah untuk melakukan kebaikan, apatah lagi ganjarannya tidak nampak di depan mata. Acapkali kita sering takut untuk memberi. Kita terlupa bahawa semua yang kita miliki adalah pemberian.
Beruntunglah orang beriman. Dengan yakin adanya Akhirat, kebaikan terus dilakukan bukan untuk mengharap pujian dan sanjungan manusia, tetapi mendambakan redha Allah semata. Sebab itulah adanya hari pembalasan, penentu siapa yang benar-benar beriman kepadaNya. Untuk melakukan kebaikan secara berterusan, sifat sabar sangat dituntut.
Perkara ini yang kerap kali sang suami ingatkan. Sabar. Sabar dalam beribadah, sabar ketika menuntut ilmu, sabar dalam berukhuwwah dengan orang sekeliling, sabar ketika berjauhan. Muflislah manusia jika sabar dicampak ke tepi!

Oh, rindu sungguh saat itu.


Aktiviti hari Jumaat yang lepas:

Melawat baby Muhammad Al-Fateh Anaqi yang comel sebab asyik tidur je =D

Friday, April 20, 2012

3 bulan


21/1/12

Ya Allah,
Bekalkan kami dengan kasih sayang sejati,
perasaan belas kasihan yang hakiki,
tekad usaha yang tidak mengenal penat,
tawakal kepadaMu yang tidak mengenal erti pasrah,
kesetiaan antara satu sama lain,
dan yang terpenting keimanan kepadaMu yang tidak mengenal ingkar.

Ya Rahman, Ya Rahim,
Kurniakanlah kepada kami anak-anak yang soleh dan solehah.
Berilah peluang kepada kami untuk menjadi ibu bapa yang membangunkan keluarga Islam,
cintakan Rasulullah SAW,
serta menegakkan syariatMu.


Amin Ya Rabbal 'Alamin.